Hag alami banyak kecacatan, fasiliti tidak berfungsi



KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Dewan bedah Hospital Alor Gajah (HAG), Melaka didapati gagal beroperasi sejak hospital baharu itu mula beroperasi pada 18 Feb 2013 kerana bacaan tahap kebisingan yang tidak memenuhi piawaian ditetapkan.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan hari ini berkata dewan bedah HAG itu juga tidak berfungsi kerana kerosakan berulang terhadap sistem pendingin hawa dan Sistem Penyeliaan Bangunan.

"Keadaan ini menyebabkan antara fungsi penting hospital iaitu perkhidmatan pembedahan tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh lima tahun itu,” katanya sambil menambah bahawa dewan bedah itu akhirnya mula beroperasi pada 18 Sept 2017.

Pengauditan yang dijalankan antara November 2016 hingga Julai 2017 juga mendapati sebanyak 29 peralatan perubatan bernilai RM1.58 juta di dewan bedah dan Unit Rehabilitasi tidak digunakan, manakala set pam duty dan pam standby tidak dilengkapi kuasa pendua. 

Ia juga mendapati lokasi ‘inspection chamber’ kumbahan di laluan klinikal dewan bersalin tidak sesuai.

Laporan audit itu juga mendapati bahawa kontraktor asal telah gagal menyiapkan semua kerja pembaikan kecacatan di HAG yang berjumlah 3,186 kecacatan dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP) kerana masalah kewangan. 

Semakan menerusi laman sesawang Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 11 Nov 2016 mendapati syarikat asal telah tutup.

Menurut laporan itu, hingga tarikh pengauditan pada 28 Julai 2017, sebanyak 1,936 kecacatan yang terdiri daripada 242 dan 1,694 masing-masing adalah kecacatan major dan minor di HAG yang masih diperbaiki. 

"Pada pendapat Audit, kegagalan kontraktor melaksanakan obligasi kontrak dari aspek pembaikan kecacatan dan kelewatan JKR (Jabatan Kerja Raya) menyelesaikan isu pembaikan kecacatan telah menjejaskan operasi hospital,” katanya.

Hingga akhir April 2018, kontraktor pihak ketiga yang dilantik telah menyiapkan 176 kerja bagi membaiki kesemua kecacatan dengan nilai RM4.97 juta. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018