CRM, FIND meterai MoU untuk ujian Hepatitis C



KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) - Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), sebuah syarikat bukan keuntungan yang dimiliki oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Inovatif Diagnostik Baru (FIND) hari ini untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan ujian diagnostik Hepatitis C yang inovatif.

Inisiatif adalah kesinambungan kerjasama dengan Drugs for Neglected Diseases Initiative (DNDi) dan sebahagian daripada projek besar FIND yang dikenali sebagai Penghapusan Hepatitis C melalui akses kepada diagnostik, dengan sokongan Fasiliti Pembelian Dadah Antarabangsa (Unitaid) .

Malaysia adalah satu-satunya negara berpendapatan pertengahan yang terbabit dalam projek itu.

Dr Akhmal berkata adalah satu penghormatan yang besar untuk menjadi sebahagian daripada usaha penyelidikan dan pembangunan FIND, yang akhirnya akan membawa kepada pengesanan awal yang lebih cekap terhadap Hepatitis C. 

"Selaras dengan usaha kami untuk menjadi organisasi yang dipercayai di peringkat global dan mengambil bahagian dalam penyelidikan yang penting kepada rakyat Malaysia, kami akan terus berusaha bersama FIND, rakan kongsi kami," katanya dalam satu kenyataan.

MoU ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif CRM, Dr Akhmal Yusof dan Ketua Pegawai Akses FIND, Zachary Katz. Ia disaksikan oleh Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dan Ketua Unit HCV & HIV FIND, Dr Francesco Marinucci. 

CRM berkata, walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah boleh menguji jenis Hepatitis C (HCV) yang berbeza-beza, populasi yang terdedah dan sukar dicapai menyukarkan langkah mengenal pasti mereka yang mempunyai penyakit yang perlu dikaitkan dengan penjagaan dan rawatan.

FIND akan menunjukkan kebolehlaksanaan penggunaan ujian diagnostik cepat (RDTs) dalam penyahpusat kemudahan penjagaan kesihatan utama dan menyediakan bantuan teknikal kepada KKM untuk menyokong projek tersebut.

HCV adalah salah satu daripada penyakit berjangkit yang paling biasa di dunia, biasanya muncul melalui penjagaan kesihatan yang tidak selamat dan penggunaan dadah secara suntikan.

Lebih daripada 71 juta orang dijangkiti secara kronik di seluruh dunia, dengan lebih 80 peratus berlaku di negara berpendapatan rendah dan sederhana. Hanya satu dari lima orang penghidap sedar mereka menghidap penyakit itu.

Pesakit HCV di Malaysia dijangka meningkat sepanjang dekad akan datang dan menyebabkan kematian 63,900 orang menjelang 2039.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2