52 kes HFMD direkod di tabika, taska Kemas di Pahang



KUANTAN, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 52 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan oleh Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan taska kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) seluruh negeri. 

Pengarah KEMAS negeri Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi berkata semua kes tersebut adalah terkawal dan dan tiada taska mahupun tabika yang ditutup ekoran penyakit tersebut. 

"Kes ini melibatkan 45 kanak-kanak Tabika dan tujuh kanak-kanak taska. Ibu bapa diminta untuk tidak menghantar anak ke taska dan tabika bagi mengelakkan penularan penyakit itu," katanya ketika ditemui selepas Sambutan Prapelancaran Hari Kebangsaan 2018 peringkat negeri di Tabika Kemas Felda Bukit Goh, di sini hari ini.

Turut hadir Penolong Pengarah Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Negeri Pahang Dahliah Osman dan Pengurus Felda Bukit Goh Abdul Raiz Rifin.

Beliau berkata pihaknya mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Kesihatan dalam memastikan penyakit ini tidak merebak. 

"Mana-mana tabika dan taska yang terlibat dengan HFMD dipantau dan diperiksa oleh klinik kesihatan terdekat bagi memastikan pelajar lain tidak dijangkiti," katanya.

Mengulas mengenai majlis itu, Ahmad Fakhrul Azman berkata ia diadakan serentak di seluruh negara hari ini, melalui simbolik penyerahan Jalur Gemilang oleh Pengarah Kemas setiap negeri kepada wakil pelajar Tabika.

Sambutan itu bertujuan bagi memastikan kanak-kanak dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya selain memupuk semangat patriotisme dalam diri mereka, katanya. 

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2