Kemas Kelantan arah tadikanya laksana gotong-royong hindar HFMD



KOTA BHARU, 6 Ogos (Bernama) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Kelantan mengarahkan semua 797 tabikanya menjalankan aktiviti gotong-royong bagi mengelakkan penularan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan 18,300 muridnya.

Pengarahnya Anuar Mat Zain berkata ia bagi memastikan premis-premis berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa.

“Selain itu, kita mengajar modul kebersihan kepada murid serta menyediakan pemakanan seimbang terutama pemberian susu bagi memastikan mereka mendapat antibodi secukupnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Pra Kemerdekaan dan Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika KEMAS Peringkat Zon 1 2018 di Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di sini, hari ini. Turut hadir Pegawai Pemerintah Batalion 8 PGA Muhammad Shamsuddin. 

Program itu dihadiri seramai 312 pelajar tabika KEMAS dari Parlimen Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian dan Ketereh.

Sembilan acara turut dipersembahkan oleh peserta iaitu Boneka Tangan, Kompang Berformasi, Bercerita, Story Telling, Tilawah, Pidato, Tarian, Nasyid dan Reka Cipta. 

Dalam perkembangan sama, Anuar berkata pihaknya merekodkan 18 kes HFMD membabitkan murid-muridnya di Kelantan ketika ini membabitkan 14 kes di Kuala Krai, dua kes di Tumpat dan masing-masing satu kes di Ketereh dan Pasir Mas.

Beliau berkata bagaimanapun kes berkenaan tidak serius dan tiada tabika yang ditutup serta tiada murid yang dikuarantin kerana berjaya dikesan lebih awal.

“Ibu bapa tidak perlu risau untuk menghantar anak kerana keadaan sekarang terkawal dan ia juga di bawah kawalan Kementerian Kesihatan,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018