PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 22 hospital dan 25 klinik kesihatan kerajaan akan dilengkapi kemudahan ujian diagnostik Hepatitis C yang lebih ringkas tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata ini susulan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) di antara Penyelidikan Kritikal Malaysia (CRM) milik kementerian dan Yayasan Diagnostik Baharu Inovatif (Find) hari ini.
Dr Zulkefly berkata MoU itu merupakan satu langkah penting ke arah mencapai matlamat Pertubuhan Kesihatan Sedunia iaitu memastikan 90 peratus penduduk disaring dan didiagnosis serta 80 peratus dirawat menjelang 2030.
Kementerian Kesihatan menjangkakan pada masa ini terdapat kira-kira 500,000 rakyat Malaysia menghidap Hepatitis C namun tidak menyedarinya kerana tahap kesedaran yang rendah, katanya pada majlis itu.
“Ketiadaan kesedaran tentang Hepatitis C ini perlu ditangani kerana jika tidak didiagnosis penyakit itu boleh menyebabkan barah hati dan penyakit serius lain,” katanya.
Dr Zulkefly berkata kementeriannya akan menjalankan program khidmat masyarakat dan kesedaran bagi menggalakkan orang ramai menjalani ujian diagnostik yang lebih ringkas tersebut.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN