RM126.6 juta dibelanja bagi perkhidmatan doktor udara di Sarawak

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Sebanyak RM126.6 juta dibelanjakan bagi perkhidmatan kesihatan bergerak di Sarawak melalui pengangkutan udara yang dikenali sebagai Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) sejak 2010 hingga 2017.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perkhidmatan PDU memberi manfaat kepada  22,113 penduduk di pedalaman Sarawak, yang kemudahan kesihatan yang terdekat sukar dihubungi melalui jalan darat dan sungai.

“Kedatangan kumulatif pelanggan dari tahun 2010 hingga 2017 bagi perkhidmatan ini ialah 297,604 orang termasuk pelanggan baru dan ulangan yang menelan perbelanjaan sekitar RM15.8 juta setahun,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr Michael Teo Yu Keng (PH-Miri) yang ingin tahu mengenai jumlah peruntukan bagi PDU di Sarawak dari tahun 2010 hingga 2017 serta jumlah pesakit yang telah dirawat dalam tempoh tersebut.

Dr Dzulkefly berkata terdapat sembilan pasukan PDU yang bersiap sedia memberi perkhidmatan rawatan pesakit luar, rawatan susulan penyakit kronik, pengesanan penyakit berjangkit, kesihatan ibu dan anak, pendidikan kesihatan, rujukan kes kecemasan dan rawatan lanjut bagi kes-kes tertentu di hospital.

Selain itu, beliau berkata PDU turut menyediakan perkhidmatan pemindahan perubatan kecemasan (Medivac) dari klinik kesihatan ke hospital, lokasi PDU ke hospital dan antara hospital ke hospital pakar.

Katanya, seramai 2,501 pesakit telah menggunakan perkhidmatan Medivac bagi tempoh 2010 hingga 2017.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2