Tiada jangkitan selesema burung pada manusia di Tuaran - Pengarah Kesihatan

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Bernama) -- Tiada jangkitan virus selesema burung pada manusia dilaporkan walaupun Tuaran telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi.

Beliau berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah masih memantau serta membuat penilaian terhadap situasi tersebut bagi mengesan kemungkinan berlakunya jangkitan kepada manusia.

"Kami mempunyai pasukan sendiri untuk membuat penilaian di kampung terbabit atau di kawasan wabak kerana kami ingin memastikan ada atau tidak pemindahan (virus) berlaku pada manusia.

“Penilaian ini akan dilakukan secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat negeri, di sini hari ini.

Pada 3 Ogos, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Junz Wong mengisytiharkan Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian yang dijalankan mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.

Semalam, JPV Sabah melupuskan kira-kira 10,000 daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di ladang itu.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2