KKM : jangan keliru dengan produkĀ anti HFMD/Flu Thymos



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang awam agar tidak keliru dengan produk Anti HFMD/Flu Spray berjenama Thymos di pasaran yang mendakwa dapat memberi pertahanan sepenuhnya terhadap virus penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dan Influenza A.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat pengeluar telah dengan jelas melabelkan bahawa produk yang diperbuat daripada mineral yang diaktifkan itu boleh membunuh dengan serta merta 99.99 peratus virus-virus HFMD dan Influenza A.

“Buat masa ini, pihak syarikat didapati membuat tuntutan anti HFMD yang tidak berasas kerana tiada bukti yang kukuh menunjukkan tuntutan tersebut adalah berkesan seperti dilabelkan.

“Namun begitu, memandangkan produk ini tidak digunakan secara langsung pada manusia, maka produk ini bukanlah di bawah kawalan KKM dan tiada keperluan untuk pendaftaran di bawah agensi berkaitan di bawah KKM,” katanya dalam satu kenyataan.

Produk penyahjangkitan atau pembunuh kuman tersebut adalah untuk kegunaan luaran dengan cara menyemburnya pada baju, permukaan, permainan dan juga topeng.

KKM berkata, syarikat itu telah dinasihatkan untuk mengeluarkan tuntutan Anti HFMD/Flu bagi pasaran di Malaysia dan menggantikan dengan tuntutan yang lebih umum serta bersesuaian di label produk bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang awam. 

Orang awam disarankan mengamalkan lima perkara utama dalam pencegahan dan kawalan HFMD, iaitu penjagaan kebersihan diri; amalan cuci tangan yang betul; penjagaan kebersihan persekitaran; pemeriksaan/saringan di pintu masuk taska/tabika/tadika/pra-sekolah; dan disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018