Kes HFMD di Melaka meningkat 102 peratus



MELAKA, 8 Ogos (Bernama) -- Kes wabak tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka meningkat sebanyak 102 peratus atau 897 kes kepada 1,773 kes dalam tempoh Januari hingga 4 Ogos lepas berbanding tempoh sama tahun lepas.

Exco Kesihatan negeri Low Chee Leong berkata daripada jumlah itu sebanyak 790 kes dilaporkan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (677 kes) dan Jasin (306 kes).

"Sebanyak 251 kes yang direkodkan berlaku dalam tempoh 27 Julai hingga 4 Ogos lepas iaitu 125 kes di Alor Gajah, Melaka Tengah (88 kes) dan Jasin (38 kes).

"Kes berkenaan bukan sahaja menunjukkan peningkatan jumlah keseluruhan tetapi jumlah kes yang berlaku di setiap daerah juga meningkat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini jumlah tabika, taska atau tadika yang ditutup ialah sebanyak 11 buah berbanding hanya enam taska atau tadika ditutup pada tahun lepas.

Daripada jumlah itu, hanya satu tabika yang masih ditutup di Melaka Tengah manakala 10 premis yang lain telah dibuka setelah diarahkan tutup selama 10 hari.

Low berkata arahan penutupan adalah untuk tujuan pembersihan (disinfeksi) dan memutuskan rantaian jangkitan di premis berkenaan.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2