HFMD Tiada Vaksin, Perlu Kawal Penularan - Pegawai Kesihatan



KOTA KINABALU, 8 Ogos (Bernama) -- Tiada vaksin untuk mengubati penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), namun ibu bapa dan penjaga boleh mengawal risiko penularan virus berkenaan dengan mengambil langkah pencegahan termasuk sentiasa mengoptimumkan tahap kebersihan anak-anak.

Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr. Jiloris @ Julian Frederick Dony berkata ibu bapa dan penjaga perlu peka terhadap kebersihan dengan memastikan anak-anak mereka bersin dan batuk dengan cara betul supaya lelehan atau cecair keluar daripada tubuh badan tidak menjangkiti individu lain.

"Ibu bapa dan penjaga perlu melaksanakan 'gatekeeping' kepada anak-anak bermula dari rumah. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak membasuh tangan mengikut teknik yang sempurna supaya tangan sentiasa bersih terutama ketika makan.

"HFMD ini boleh menjangkiti orang dewasa, namun, kanak-kanak berumur antara 10 tahun ke bawah berisiko tinggi dijangkiti virus ini kerana mereka belum mempunyai sistem imuniti yang kuat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak, di sini hari ini.

Jiloris turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya mengasingkan anak-anak jika mengesan terdapat simptom virus itu pada mereka sekali gus memaklumkan perkara tersebut kepada pejabat kesihatan berhampiran untuk tindakan kawalan selanjutnya.

Pengendali pusat penjagaan kanak-kanak juga diingatkan agar meningkatkan tahap kebersihan kawasan premis dengan lebih kerap membersihkan kawasan sekitar serta alat dan barangan permainan kanak-kanak bagi mengelak risiko penularan virus tersebut, katanya.

Semalam, Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata jumlah kes HFMD di negeri ini dilaporkan meningkat sebanyak enam kes kepada 2,611 daripada 2,605 kes dicatatkan pada 27 Julai lepas.

Antara daerah mencatat kes tertinggi ialah Kota Kinabalu (564); diikuti Beaufort (393); Penampang (258); dan Sandakan (221); selain sebanyak 24 sekolah dan Taska di seluruh Sabah masih ditutup berikutan penemuan  kes HFMD di sekolah-sekolah berkenaan.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018