KAJANG, 9 Ogos (Bernama) -- Hospital Kajang sesak kerana menerima kemasukan pesakit 50 peratus melebihi kapasitinya, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata kadar penggunaan katil harian hospital itu tinggi sehingga mencapai 150 peratus sehari merupakan antara punca utama kesesakan itu.
Menurutnya, perkara yang telah berlanjutan sejak beberapa tahun lalu itu disebabkan oleh kemasukan pesakit yang tinggi sehingga bukan sahaja memberi kesan pada wad-wad hospital tersebut malah di Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan.
Katanya kadar kemasukan tinggi itu telah memaksa pihak hospital menerima kemasukan pesakit walaupun melebihi kapasiti hospital berkenaan.
Oleh itu Dr Dzulkefly berkata beliau telah mengarahkan hospital itu untuk mengoptimakan penggunaan ruang sedia ada di samping memohon penambahan jumlah katil.
"Buat masa ini Hospital Kajang mempunyai 326 katil, jadi saya telah minta supaya pihak hospital buat permohonan sekurang-kurangnya tambah 15 katil lagi.
“Bagi penyelesaian jangka panjang, pihak kementerian bercadang untuk membina blok tambahan dan menaik taraf bangunan sedia ada,” kata Dr Dzulkefly kepada pemberita setelah melawat hospital itu di sini, hari ini.
Lawatan itu dibuat bagi meninjau kesesakan hospital itu susulan aduan seorang pengguna di laman Twitter bulan lalu yang turut mendapat reaksi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, yang merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf Hospital Kajang juga diharap dapat menampung jumlah kemasukan pesakit yang meningkat.
Menurutnya, projek yang dijangka siap pada 2021 itu bakal mempunyai kapasiti sebanyak 272 katil.
“Dengan adanya projek naik taraf ini kami harap fasiliti baharu ini akan beri keselesaan dan memenuhi kehendak masyarakat setempat,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN