Pantau kesihatan murid di sekolah sebagai langkah bendung HFMD

SHAH ALAM, 9 Ogos (Bernama) – Kementerian Pendidikan meminta guru sekolah memantau keadaan kesihatan murid sebagai langkah awal untuk mengesan kehadiran penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), di sekolah masing-masing.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching  turut menasihati guru supaya menghantar murid yang mempunyai tanda-tanda jangkitan penyakit tersebut ke hospital untuk pemeriksaan lanjut sebagai langkah membendung penularan kes tersebut di sekolah.

“Rekod daripada Kementerian Kesihatan telah menunjukkan trend penurunan kes penyakit ini dalam kalangan murid setiap minggu dan berdasarkan laporan yang kita terima setakat ini, tiada lagi sekolah yang ditutup kerana penyakit HFMD ini.

“Kita juga sarankan guru menjalankan aktiviti pembersihan di dalam kawasan kelas sebagai cara untuk menghindari jangkitan penyakit tersebut,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penutupan  Persidangan Antarabangsa Isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Dalam Kalangan Penutur Bukan Jati anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Pro Canselor UiTM Tan Sri Arshad Ayub.

Teo berkata ibu bapa juga perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan anak masing-masing dengan tidak menghantar anak mereka ke sekolah sekiranya disyaki mempunyai tanda penyakit tersebut.

Sementara itu, mengulas mengenai program hari ini, beliau menyeru golongan pelajar supaya menguasai bahasa ketiga sebagai kelebihan untuk mengakses dunia ilmu dan teknologi dengan lebih meluas.

“Sekiranya sebelum ini pelajar lebih menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, tetapi untuk dunia teknologi dan berdaya saing ini kita mahu pelajar juga mengusai bahasa ketiga.

“Ini akan memberi kelebihan kepada pelajar untuk menuntut ilmu dengan lebih meluas yang mana ia tidak terhad dengan penggunaan satu-satu bahasa sahaja,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018