PKR Labuan tumpu usaha tambah baik kesihatan awam

LABUAN, 10 Ogos (Bernama) -- PKR Labuan telah mengambil inisiatif untuk mendesak bagi dua hospital dan tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di pulau bebas cukai itu dinaik taraf dan ditambah baik.

Ketuanya Simsudin Sidek, berkata beberapa isu yang telah dibangkitkan berkaitan dengan hospital Labuan Nucleus dan hospital Membedai telah diselesaikan.

Antara isu yang telah diselesaikan ialah meningkatkan jumlah pakar di dua hospital itu kepada 68 orang berbanding 10 orang sebelum ini atau penggantian katil dan kabinet serta mengurangkan waktu menunggu pesakit.

“Satu lagi berita baik buat penduduk  ialah perubahan sistem ‘on-call” kepada syif bagi doktor untuk merawat pesakit, khususnya pada waktu malam,” kata Simsudin dalam kenyataan kepada Bernama.

Beliau berkata bangunan baharu bagi mengurangkan kesesakan pesakit juga sedang dirancang.

Simsudin turut memuji langkah Jabatan Kesihatan yang giat menangani jumlah kes denggi yang semakin meningkat di banyak lokaliti sejak awal tahun ini.

Beliau turut mengambil perhatian tentang pemotongan bekalan elektrik di beberapa tadika KEMAS, menyatakan ini berlaku ekoran kurang pemantauan oleh pihak KEMAS di Kuala Lumpur.

“Tadika KEMAS Layangan dan Lubok Temiang mempunyai bil tertunggak sebanyak RM2,000 manakala Tabika Ganggarak perlu membayar bil menggunakan dananya sendiri,” katanya.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018