944 kes demam denggi di Parlimen Batu, Kepong dan Segambut sejak Januari

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 944 kes demam denggi dengan satu kematian dilaporkan di kawasan Parlimen Batu, Kepong dan Segambut, sejak Januari hingga 4 Ogos lepas. 

Pegawai Kesihatan Daerah Kepong Dr Fuad Hashim berkata angka itu menunjukkan peningkatan dengan purata 60 hingga 70 kes mingguan sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini.

“Biasanya kes di ketiga-tiga kawasan Parlimen ini berada dalam purata 30 hingga 40 kes seminggu tetapi sejak beberapa minggu ini angka meningkat. 

“Banyak faktor yang menyumbang kepada peningkatan ini termasuk faktor persekitaran tidak bersih, kepadatan penduduk yang tinggi dan proses urbanisasi yang pesat,” katanya kepada pemberita selepas acara Gotong-Royong Bersepadu Perangi Aedes bagi kawasan Sentul di Perumahan Awam Seri Perak di sini, hari ini.

Kira-kira 100 orang penduduk kawasan perumahan itu ikut serta dalam acara yang dirasmikan Anggota Parlimen Batu P. Prabakaran.

Sementara itu, Prabakaran dalam ucapan perasmiannya berkata program sebegini dapat menyemai sifat bertanggungjawab terutamanya dalam menjaga kebersihan persekitaran dan membanteras denggi. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018