SEREMBAN, 12 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,134 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi tahun ini sehingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.
Beliau berkata jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 256.9 peratus berbanding 598 kes pada tempoh sama tahun lepas.
“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,489 kes di daerah Seremban, Port Dickson (160), Jempol (113), Rembau (96), Jelebu (62), dan 58 kes di Tampin.
"Pada minggu lepas sahaja, bilangan kes HFMD didaftarkan di Negeri Sembilan sebanyak 269 kes berbanding 268 kes didaftarkan pada minggu sebelumnya. Sebanyak 190 kes dilaporkan di Seremban, Port Dickson (38), Jempol (16), Kuala Pilah (12), Jelebu (tujuh), Tampin (lima) dan satu kes di Rembau," katanya dalam kenyataan hari ini.
Veerapan berkata sebanyak enam premis masih ditutup sehingga kini melibatkan tadika, prasekolah dan taska akibat penyakit HFMD.
Beliau berkata tadika yang ditutup ialah Tabika Permata Perpaduan di Seremban, Tadika Little Caliph di Kuala Pilah dan Tadika Pasti Ar-Raudhah di Jempol manakala dua prasekolah ditutup iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seremban 2A dan SK Taman Tuanku Jaafar 2 serta sebuah taska iaitu Taska Permata Kampung Mengkan di Jempol.
“Setakat ini tiada sekolah ditutup sepenuhnya (akibat HFMD) di negeri ini," katanya.
Veerapan berkata pihaknya telah menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan dengan mengadakan sesi dialog bagi memberi pencerahan tentang penyakit HFMD kepada guru, pengusaha tadika dan taska dalam menangani penyakit itu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN