Madrasah di Besut tutup empat hari akibat penularan virus Beguk

JERTIH, 12 Ogos (Bernama) – Madrasah Moden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Besut di sini ditutup empat hari mulai esok hingga Khamis berikutan penyebaran virus Beguk. 

Sehubungan itu, seramai 560 pelajar di madrasah itu dibenarkan pulang hari ini.

Pengetua madrasah itu Jusoh Mat berkata lebih 20 orang pelajar lelaki sekolah berkenaan dijangkiti penyakit Beguk  sejak tiga minggu lalu.

“Penyakit Beguk disebabkan oleh virus ‘paramyxovirus’ yang menyebabkan keradangan dan sakit pada kelenjar air liur (parotid).

“Setelah disiasat penyakit ini kita dapat kesan bermula daripada seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 yang dijangkiti virus itu selepas melawat bapa saudaranya yang dijangkiti virus tersebut di Kota Bharu, Kelantan pada 27 Julai lalu sebelum kembali ke sekolah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di madrasah itu di Kampung Padang Landak, Jertih di sini hari ini.

Menurut Jusoh, sekolah itu ditutup selepas mendapat nasihat Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Besut bagi mengelak penularan penyakit tersebut selain memberi ruang  kepada kerja membersihkan beberapa kawasan seperti surau, kantin dan asrama dengan bahan kimia yang disyorkan PKD.

Tambah beliau lagi hampir setiap hari pihak sekolah terpaksa menghantar pelajar  yang terkena virus mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Luas dan mereka akan dikuarantin.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2