Perbaiki sistem penjagaan kesihatan daripada perkenal insurans kesihatan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Sebuah badan pendokong penjagaan kesihatan menggesa  kerajaan agar memberi pertimbangan terhadap cadangan untuk memperkenalkan skim insurans kesihatan  kepada orang ramai, dengan mengambil kira kesan buruk terhadap kewangan pada masa jangka panjang.

Dr Mary Cardosa dari Citizen Health Initiative (CHI) ketika menyuarakan kebimbangan itu kepada Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada mesyuaratnya hari ini berkata, skim yang seumpama boleh menyebabkan kos penjagaan kesihatan menjadi bertambah mahal pada masa akan datang.

“Kami bimbang kerana cadangan itu yang kini dibentangkan akan terdedah secara terbuka kepada   insurans kesihatan dan seterusnya insurans kesihatan sosial.

“Kebimbangan kami berhubung sistem berdasarkan insurans ini ialah ia akan mempengaruhi penyedia perkhidmatan itu untuk merangsang permintaan, yang membawa kepada peningkatan kepada keseluruhan kos penjagaan kesihatan pada jangka masa panjang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat di Ilham Tower di sini. 

Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Prof Chan Chee Khoon dan Chang Yii Tan, yang juga ahli CHI.

Pesara hospital kerajaan itu berkata, kos penjagaan kesihatan di negara ini pada masa sekarang meningkat pada kadar 10 peratus setahun.

Adalah dilaporkan bahawa kerajaan kini merangka skim insurans kesihatan untuk kumpulan B40 bagi membantu mereka memperoleh rawatan di hospital kerajaan dan swasta. Cadangan itu dijangka dibentangkan  pada Bajet 2019, Oktober ini.

Dr Cardosa menambah bahawa beliau turut mencadangkan kepada CEP daripada memperkenalkan skim insurans itu, kerajaan patut melihat kepada cara-cara bagaimana untuk mempertingkatkan sistem  penjagaan  kesihatan awam dan pada masa yang sama mengatasi ketidak seimbangan di hospital kerajaan dan swasta.

Beliau berkata, memperbaiki sistem penjagaan kesihatan bermakna kerajaan berupaya untuk  mengawal kos berbanding insurans,

"Kita mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang baik yang telah sekian lama dicapai dan dipuji oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan seluruh dunia.

“Jadi mengapa tidak sahaja kita kukuhkan sistem yang sedia ada dan terus melihat kepada sistem berdasarkan percukaian daripada sistem bersandarkan insurans,” katanya.

Antara penambah baikan yang beliau cadangkan ialah memperbaiki kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan dan kerjasama antara hospital awam dan swasta dalam menyediakan latihan kepada doktor muda.

-- BERNAMA  


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2