KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) – Mana-mana konsainan udang (termasuk udang galah) import yang tidak disertakan sijil kesihatan oleh pihak berkuasa negara pengeksport sama sekali tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata sejak 1 Jan 2005, kerajaan Malaysia menetapkan bahawa sijil tersebut diperlukan sebagai jaminan bahawa konsainan udang tersebut adalah bebas daripada bahan terlarang.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu lambakan udang galah murah di Malaysia yang tular di media sosial serta laporan media pada 13 Ogos 2018 yang didakwa menyebabkan gatal-gatal, badan bengkak, bengkak hidung, mata berair, cirit-birit serta muntah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Dr Noor Hisham berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus meningkatkan pemantauan ke atas produk tersebut di pintu masuk negara serta pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan selain bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
“Pada tahun 2017 sejumlah 183 sampel udang import telah diambil di pintu masuk negara manakala sejumlah 56 sampel udang import telah diambil di pintu masuk negara bagi tempoh Januari sehingga Julai 2018. Kesemuanya didapati mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya,” katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.
“Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengimport, ejen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan,” katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN