GEORGE TOWN, 14 Ogos (Bernama) – Kerajaan negeri Pulau Pinang menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan mengambil lebih minuman berikutan keadaan berjerebu di sini sekarang.
Setakat 3 petang ini, dua stesen di pulau ini mencatat bacaan Indeks Kecemaran Udara (API) 47 dan 42 masing-masing di Balik Pulau dan USM, sementara tahap API sederhana dicatat di Seberang Jaya (52) dan Perai (54).
Dalam kenyataan akhbar hari ini, anggota exco bagi Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri Dr Afif Bahardin berkata orang ramai tidak perlu panik tentang jerebu tersebut dan bagi kebanyakan kes mereka boleh meneruskan aktiviti luar rumah dengan selamat.
“Bagi individu sihat, pendedahan beberapa hari kepada keadaan berjerebu tidak menyebabkan masalah kesihatan serius kecuali radang mata, hidung dan kerongkong,” katanya.
Dr Afif menasihatkan mereka yang menghidap penyakit kronik dan respiratori agar mempunyai ubat sepanjang masa.
Beliau juga mengingatkan mereka yang merasa kurang sihat, khususnya orang tua dan kanak-kanak, dan mereka yang menghidap penyakit jantung atau paru-paru kronik, mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN