Parasit Dalam Bekalan Air Berisiko Sebarkan Penyakit

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) – Kehadiran parasit dalam bekalan air mentah dan terawat di negara-negara di Asia Tenggara berpotensi membawa risiko bagi penyebaran penyakit, kata Naib Presiden Persatuan Akademi dan Pertubuhan Sains di Asia (AASSA) Prof Datuk Dr Khairul Anuar Abdullah.

Beliau berkata sehubungan itu, perkara berkenaan memerlukan perhatian segera untuk dilaksanakan langkah-langkah pencegahan yang perlu.

Katanya usaha sama peringkat serantau telah diadakan untuk mengumpul data semasa  menggunakan kaedah standard bagi pesampelan parasit bawaan air dalam kalangan negara ASEAN sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dalam ucap tamanya pada Persidangan AASSA-Akademi Sains Malaysia (ASM) di sini, hari ini, Dr Khairul Anuar turut mengambil perhatian akan peranan penting sektor kesihatan dalam mempromosikan bekalan air lebih berkualiti untuk memaksimumkan kebaikan kesihatan sekiranya diperlukan bagi intervensi.

"Komponen utama bagi peranan ini ialah pemantauan berkala terhadap bekalan air bagi menilai kemajuannya dalam memenuhi sasaran adalah konsisten dengan matlamat kesihatan awam negara dan untuk mengenal pasti bidang utama bagi intervensi,” katanya yang mengupas isu penyakit bawaan air di negara ASEAN.

Dr Khairul Anuar mengambil perhatian usaha dalam menyelesaikan soal bekalan air juga penting, menyatakan banyak negara di Asia telah melaksanakan usaha itu seperti Sungai Mekong yang China berkongsi dengan negara-negara Asia Tenggara atau Sungai Brahmaputra yang mengalir dari Tibet ke India dan Bangladesh.        

"Oleh itu, penyediaan perkhidmatan air yang selamat dan mampan kepada semua penduduk Asia adalah satu cabaran," katanya.

Beliau menegaskan memastikan bekalan dan pengurusan air mampan dan sanitasi untuk semua akan memberikan impak signifikan terhadap kesihatan manusia.

Sementara itu, Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majlis, yang merasmikan persidangan dua hari itu berkata, Malaysia turut berdepan pelbagai cabaran berkaitan penyakit bawaan air.

Berhubung persidangan itu, beliau berkata ia adalah platform strategik bagi semua rakan kongsi untuk membincangkan dan bertukar-tukar pandangan tentang isu yang menyelubungi penyakit itu untuk faedah masyarakat umum.

– BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Understanding Dementia Better

By Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Imagine how you would feel if you wake up one morning in the house you have lived with your family for about 30 years and you are not able to recognise your surroundings. You look at the mirror and ask yourself, “Who am I, where am I?”

This is one of many symptoms indicating that you may have dementia, a debilitating disease that takes away the ability to retain memory, think clearly, behave normally and perform everyday activities.

Dementia is an increasingly common disease affecting ageing populations in especially low- and middle-income countries where access to social protection, services, support and care is limited. 

read more ››

IN FOCUS

UMSC: Pain Management


In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2