Terengganu rekod 772 kes HFMD setakat 13 Ogos



KUALA TERENGGANU, 16 Ogos (Bernama) -- Terengganu terus merekodkan peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) iaitu sebanyak 772 kes setakat Isnin (13 Ogos) sejak kes pertama mula dikesan pada 24 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak berkata ia meningkat 274.8 peratus berbanding 206 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

"Daripada 772 kes ini, daerah Kuala Terengganu mencatatkan kes tertinggi iaitu 200 kes diikuti Marang (124 kes), Dungun (108), Setiu (96), Kuala Nerus (88), Besut (72), Hulu Terengganu (52) dan Kemaman (32).

"Sepanjang tempoh itu juga, 15 wabak HFMD dilaporkan di Terengganu iaitu lima di Kuala Terengganu, Setiu (dua), Marang (empat), Kuala Nerus (dua) dan masing-masing satu di Hulu Terengganu dan Besut," katanya kepada Bernama hari ini.

Penyakit HFMD paling banyak dikesan di kalangan kanak-kanak berumur lingkungan satu hingga enam tahun iaitu 679 kes diikuti bawah umur setahun (64), tujuh hingga 12 tahun (27 kes) dan masing-masing satu untuk kategori umur 13 hingga 18 tahun dan 18 tahun ke atas.

​​Dr Alias berkata kes HFMD dikesan paling banyak berlaku di rumah persendirian iaitu 422 kes diikuti kanak-kanak yang tinggal di taska (128), rumah pengasuh (112 kes), tadika (41), prasekolah (24), sekolah rendah (24),  Tadika PASTI (17),  tabika (tiga) dan madrasah (satu).

"Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melakukan pelbagai aktiviti untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak, termasuk melakukan pemeriksaan di premis seperti rumah kediaman, taska, tadika, tabika serta sekolah rendah dan setakat ini semua premis yang diarah tutup sebelum ini sudah pun beroperasi seperti biasa.

"Jabatan turut menjalankan aktiviti disinfeksi di premis-premis tersebut selain mengambil 20 sampel untuk dianalisis dan memberikan pendidikan kesihatan dengan mengedarkan risalah, ceramah dan nasihat kepada keluarga pesakit ini," katanya.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Understanding Dementia Better

By Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Imagine how you would feel if you wake up one morning in the house you have lived with your family for about 30 years and you are not able to recognise your surroundings. You look at the mirror and ask yourself, “Who am I, where am I?”

This is one of many symptoms indicating that you may have dementia, a debilitating disease that takes away the ability to retain memory, think clearly, behave normally and perform everyday activities.

Dementia is an increasingly common disease affecting ageing populations in especially low- and middle-income countries where access to social protection, services, support and care is limited. 

read more ››

IN FOCUS

UMSC: Pain Management


In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1

In Focus : UMSC - Fatty Liver, The Silent Epidemic Part 2