KKM ambil tindakan penguatkuasaan isu 'kopi peluntur'

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengilang kopi pracampur Green 35 yang didakwa anti racun dan boleh mengubati pelbagai penyakit yang tular di media sosial. 

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata KKM memandang serius isu itu dan melarang pengusaha makanan atau sebarang pihak membuat aktiviti pemasaran dengan  menggunakan bahan yang merbahaya seperti bahan peluntur, racun dan seumpamanya, dalam demonstrasi produk makanan.

"Mereka yang didapati mengiklankan produk makanan bagi  tujuan jualan untuk memperdaya pembeli boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17, Akta Makanan 1983. 

“KKM juga mendapati maklumat pengilang yang dinyatakan pada label produk tersebut adalah palsu di samping tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta menyalahgunakan logo sistem jaminan keselamatan makanan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 16, Akta Makanan 1983,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna dan menasihatkan pengguna agar tidak meminum apa-apa bahan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan dan kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my  atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti  Makanan  (BKKM) di www.facebook.com/bkkmhq.

Terdahulu isu seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital akibat meminum kopi yang dicampur dengan cecair peluntur akibat terpengaruh dengan video demonstrasi produk tersebut tular di media sosial. 

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018