KKM tangguh sementara permohonan ubatan skim PASc

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) --  Permohonan dan pemberian pek percuma ubat-ubat baru yang berkos tinggi kepada pesakit melalui Patient Access Scheme (PASc) ditangguhkan buat sementara waktu sehingga mendapat ulasan daripada Jabatan Audit Negara, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. 

PASc adalah skim yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menambahbaik akses ubat kepada pesakit terutamanya bagi ubatan yang mahal.

“Pemberian pek percuma ini dikhuatiri melanggar etika dan menimbulkan isu integriti memandangkan pemberian pek percuma ini tidak dinyatakan secara terperinci dalam rekod pembelian antara pihak syarikat farmaseutikal dan fasiliti KKM.

“Perkara ini perlu diteliti bersama dengan pihak berwajib,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dr Noor Hisham berkata garis panduan permohonan melaksanakan PASc di KKM telah disediakan pada 1 Jun 2018 bertujuan untuk menerangkan proses permohonan, penilaian dan kelulusan PASc di fasiliti KKM.

“Garis panduan ini bertujuan untuk menyeragamkan proses permohonan melaksanakan PASc agar ianya telus dan memastikan kertas cadangan PASc oleh syarikat farmaseutikal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan,” katanya. 

KKM juga menegaskan bahawa skim-skim lain sedia ada yang sedang dilaksanakan diteruskan seperti biasa di fasiliti kesihatan kerajaan.

Pihak KKM juga tiada halangan bagi sebarang pemberian pek percuma amal atau penggunaan berbelas kasihan kepada pesakit dengan syarat-syarat yang tidak mengikat KKM untuk membuat pembelian.

Dr Noor Hisham berkata KKM sentiasa komited dalam memastikan pesakit mendapat akses kepada ubat-ubatan dan setiap proses dijalankan secara telus demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Beliau mengulas artikel disiarkan dua portal berita berkenaan penangguhan pemberian PASc yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada KKM untuk menambahbaik akses ubat kepada pesakit terutamanya bagi ubatan yang mahal.

-- BERNAMA 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2