NS catat lebih 2,000 kes HFMD

SEREMBAN, 17 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,192 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bagi tahun ini sehingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan.

Beliau berkata jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 258.8 peratus berbanding 611 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,512 kes di daerah Seremban, Port Dickson (169), Jempol (161), Kuala Pilah (119), Rembau (100), Jelebu (71), dan 60 kes di Tampin.

"Pada minggu ke-33 sehingga semalam, bilangan kes HFMD didaftarkan di Negeri Sembilan adalah sebanyak 19 kes berbanding 102 kes didaftarkan pada minggu ke-31. Sebanyak lapan kes dilaporkan di Port Dickson, Kuala Pilah (empat), Jempol (tiga), Tampin dan Rembau, masing-masing dua kes," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Veerapan berkata sebanyak tujuh prasekolah dan taska masih ditutup akibat HFMD.

Lima taska yang ditutup ialah Taska Little Bugs Education Mantin, Nilai; Taska Permata Perpaduan Taman Temiang Jaya dan Taska Kolej Mara di Seremban; Taska Permata Negara Kampung Mengkan, Kuala Klawang, Jelebu dan Taska Permata Kemas Kampung Bukit Perah di Jempol.

Dua buah prasekolah yang masih ditutup ialah Tabika Permata Perpaduan di Seremban dan Pasti Ar-Raudhah Bahau di Jempol.

Veerapan berkata satu sesi Town Hall Meeting (THM) telah diadakan bagi memberi pencerahan tentang penyakit HFMD kepada guru prasekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, pengusaha dan guru taska dan tadika swasta dalam menangani penyakit itu.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2