Kikis perasaan malu, takut buat pemeriksaan kesihatan

IPOH, 17 Ogos (Bernama) -- Golongan wanita di Perak digesa mengikis perasaan malu dan takut untuk membuat pemeriksaan kesihatan terutama berkaitan kanser, demikian saranan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Wong May Ing.

Beliau berkata walaupun pelbagai usaha dilakukan kerajaan atau pihak tertentu untuk meningkatkan kesedaran golongan wanita mengenai perkara itu, ia belum cukup untuk membuka mata mereka terutama yang tinggal di kawasan pedalaman.

Mengambil contoh Klinik Bergerak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) , Wong berkata sambutan orang ramai terhadap kemudahan itu masih rendah.

"Saya difahamkan Klinik Bergerak ini telah beroperasi sekitar tahun 2007 namun sambutan masyarakat terutama wanita di kawasan luar bandar untuk membuat ujian saringan kanser masih di tahap yang rendah.

"Mereka masih lagi diselubungi perasaan malu untuk diperiksa kerana ia melibatkan bahagian sulit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Sihat dan Cantik di sini hari ini.

Sehubungan itu, Wong menyarankan agar masyarakat khususnya wanita menggunakan sepenuhnya perkhidmatan tersebut yang dapat memberi faedah kepada mereka.

"Caj yang dikenakan oleh LPPKN amatlah murah berbanding klinik atau hospital swasta sebagai contoh untuk ujian 'pap smear' hanya RM20, manakala untuk pil perancang caj dikenakan serendah RM5," katanya.

Karnival sehari itu merupakan anjuran Biro Hal Ehwal Wanita Kelab Warga Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak untuk kesedaran sosial dan perkongsian ilmu berkaitan kesihatan di kalangan wanita.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018