UPSI, Telekom jalin kerjasama wujud aplikasi untuk pantau perkembangan kanak-kanak

IPOH, 17 Ogos (Bernama) -- Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak- Kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), telah memeterai satu Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) untuk bekerjasama membangunkan sebuah aplikasi khas bagi memantau perkembangan awal kanak-kanak.

Majlis penandatanganannya berlangsung di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, Tanjung Malim semalam.

UPSI diwakili Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran manakala TM diwakili Pengurus Besar TM Negeri Sembilan, Ramlan Omar.

Mohammad Shatar berkata aplikasi itu boleh menganalisis data bayi baru lahir sehingga kanak-kanak itu mencapai usia10 tahun bagi membolehkan maklumat seperti demografi, kesihatan dan tahap perkembangannya diakses menerusi telefon pintar.

Katanya aplikasi itu turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pendidikan di setiap negeri yang menyediakan data kanak-kanak.

"Kerjasama ini selaras dengan Revolusi Industri 4.0 yang berbentuk digital dan aplikasi seterusnya membuatkan kehidupan manusia menjadi lebih mudah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018