Hospital Selgate Rawang bakal memanfaatkan 800 ribu penduduk Rawang, Gombak

KUALA LUMPUR, Ogos 17 (Bernama) -- Selgate Corporation Sdn Bhd (Selgate), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal membina hospital Selgate Rawang yang boleh memanfaatkan hampir 800 ribu penduduk di sekitar Rawang dan Gombak.

Pembinaan hospital yang menelan belanja RM130 juta itu dibangunkan di tanah seluas 2.7 hektar dengan akses mudah ke pusat membeli-belah, kawasan perumahan eksklusif dan Lebuhraya Utara-Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Selgate, Noor Hisham Mohd Gouth berkata hospital pakar pelbagai disiplin itu bakal memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti dengan harga berpatutan dan dijangka siap pembinaannya pada Disember 2019.

 “Hospital Selgate Rawang merupakan hospital pertama milik Kumpulan PKNS dan ia juga antara hospital terawal yang dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor.

“Bersandarkan itu, saya berasa cukup teruja kerana di sinilah hospital milik Selgate, PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor bakal tersergam indah menabur bakti buat rakyat,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Selgate Rawang yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

 

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kerajaan Negeri Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud dan CEO PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof.

Menurut Noor Hisham, pembangunan hospital berkenaan akan meliputi dua fasa iaitu melibatkan 95 katil yang akan beroperasi pada suku pertama tahun 2020 dan fasa kedua akan beroperasi dengan kapasiti penuh 267 katil pada 2023.

Ia merangkumi wad pelbagai disiplin, pusat dialisis, bilik pembedahan yang berteknologi tinggi termasuk CathLab, jabatan pengimejan dengan peralatan yang moden seperti CT scan dan MRI serta kemudahan klinik pakar.

Berkonsepkan infrastruktur yang moden dan unik, hospital Selgate Rawang dengan reka bentuk persekitaran kondusif untuk meningkatkan mutu kesihatan pesakit, disasar mencapai penarafan Perak bagi ‘Indeks Bangunan Hijau’.

Selgate bertanggungjawab menerajui usaha PKNS dan Negeri Selangor dalam bidang perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan bagi menyediakan penjagaan berkualiti yang berpatutan.

Ia dijangka akan memiliki serta menguruskan operasi tiga buah hospital menjelang 2020 iaitu di Rawang, Shah Alam dan Bangi.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2