Hospital Pantai Ipoh anjur acara berbasikal warga emas besar-besaran

Sumber gambar: facebook.com

IPOH, 20 Ogos (Bernama) -- Hospital Pantai Ipoh akan mengadakan acara berbasikal warga emas menggunakan basikal senaman besar-besaran sempena Hari Jantung Sedunia, bagi mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records.

Ketua pegawai eksekutifnya Chong Siet Fong berkata sebagai permulaan ia akan diadakan pada kempen kardio Spin Your Heart 2018 di Aeon Klebang, di sini, pada 2 Sept, mulai 10 pagi hingga 5 petang.

"Sekurang-kurangnya 80 warga emas akan berkayuh basikal tanpa henti selama sejam dan kini jumlah peserta meningkat kepada 91 warga emas.

"Mereka terdiri daripada anggota masyarakat, peminat sukan dan anggota Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menunjukkan stamina, daya tahan dan kecintaan terhadap sukan ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya cabaran itu tidak pernah dilakukan sebelum ini di Malaysia dan peserta akan melaksanakan latihan ketahanan ini bersesuaian dengan tema ‘Move Your Heart, Fuel Your Heart dan Fire Up Your Heart’.

"Kami akan memanggil pegawai Malaysia Book of Records untuk menilai acara ini dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A Sivanesan dijadual untuk merasmikan acara itu serta menyaksikan percubaan itu," katanya.

Chong berkata pada hari tersebut, antara lain aktiviti yang boleh disertai seperti pemeriksaan kesihatan percuma seperti memeriksa tekanan darah, penilaian kandungan lemak dalam badan, kaunseling pemakanan serta ujian kecergasan disediakan untuk pengunjung.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada penganjur bersama iaitu Pusat Kecergasan Jaycycle, Aeon Mall Ipoh Klebang, Kelab Rekreasi Ejen Prudential Perak, Body Alignment Warehouse Gym, Pusat Kecergasan Body Work, Maximus Maniac Gym, Pusat Kecergasan RV dan Ultimate Fitness Gym serta sokongan PAWE UTC Perak," katanya.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018