KPJ Pasir Gudang terima 60 kes HFMD sejak Jan

Sumber gambar sinarharian.com.my

JOHOR BAHRU, 20 Ogos (Bernama) --Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menerima 60 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang rata-rata dihidapi pesakit kanak-kanak berumur bawah lima tahun, sejak Januari hingga kini.

Doktor Pakar Kanak-Kanak, Dr Aziz Rahman Ibramsha berkata kes berkenaan mencatatkan peningkatan berbanding 45 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Beliau berkata hal ini kerana tahap kesedaran masyarakat terutama ibu bapa mengenai HFMD dilihat masih pada tahap rendah dan secara tidak langsung penularan wabak berkenaan sukar untuk dibendung.

"Penyakit ini pada amnya adalah penyakit yang biasa dan boleh diubati dengan rehat, pemberian ubat untuk redakan ulser dan minum air dengan secukupnya untuk elak hidrasi.

"Namun, HFMD ada beberapa jenis khususnya bagi virus Enterovirus 71 (EV71) ianya boleh membawa maut dan komplikasi berbahaya. Oleh sebab itu, langkah pencegahan awal sangat penting terutama bagi ibu bapa yang menghantar anak di taska di mana kanak-kanak terdedah dengan virus itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat 60 kanak-kanak Taska Kyrana, di sini hari ini, bagi berkongsikan ilmu dan pendedahan aspek penjagaan kesihatan yang bertujuan mendidik kanak-anak cara mencuci tangan dengan betul serta kebersihan diri.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pasir Gudang Mohd Azhar Abdulllah.

Dr Aziz Rahman berkata antara pencegahan awal yang boleh dibuat khususnya ibu bapa dan pihak taska adalah dengan mengutamakan kebersihan terutama membersihkan bahagian tapak tangan di mana virus itu mudah merebak melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur dan lepuh.

"Setiap kali uruskan kanak-kanak terutama pihak taska yang mengendalikan kanak-kanak yang ramai, perlu dipastikan tangan kanak-kanak dan pengurus juga sudah dibersihkan terlebih dahulu supaya virus itu tidak merebak kepada kanak-kanak yang lain,” katanya.

Sementara itu, Mohd Azhar berkata aktiviti turun padang dan lawatan ke taska berkenaan menjadi antara     tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya yang komited bagi mencegah penularan HFMD di negeri ini.

"Peralatan atau taman permainan yang sering digunakan terdedah kepada kanak-kanak di pusat penjagaan, jadi aspek kebersihan penting melalui cara mencuci tangan dengan betul dan persekitaran yang bersih bagi menghindari penularan penyakit ini.

"Kita juga akan meneruskan jelajah ke taska atau tadika dari semasa ke semasa bagi memberi  pendidikan kesihatan tentang kepentingan kebersihan diri dan premis serta disinfeksi termasuk kepada penyelia pusat jagaan berkenaan" katanya.

-- BERNAMA

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018