MMA gesa lebih ketelusan dalam saringan kesihatan pekerja asing

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa bagi lebih ketelusan dalam pemeriksaan saringan kesihatan ke atas pekerja asing oleh Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (Fomema).

Presiden MMA Dr Mohamed Namazie Ibrahim berkata syarikat tunggal yang menyediakan perkhidmatan saringan dan perisian X-ray dilantik oleh Fomema untuk menyediakan perkhidmatan itu tetapi peruntukan kemudahan makmal dan x-ray dada mengalami kurang ketelusan.

​​​Beliau berkata klinik panel Fomema menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi untuk memenuihi keperluan baharu yang dikenakan oleh pihak ketiga yang dilantik oleh Fomema terutama pembelian perisian berharga RM5,000 yang membebankan pengamal am yang menyedfiakan perkhidmatan ini  sejak pelaksanaan proses kerja baharu.

“MMA menggesa Fomema membuka perkhidmatan saringan X-ray kepada vendor lain kerana persaingan dapat mengurangkan kos.

“Kementerian Kesihatan (MOH) sebagai penandatangan utama perjanjian konsesi perlu campurtangan untuk menangani masalah kurangnya ketelusan dan mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengamal lain,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dr Mohamed Namazie berkata arahan bagi pelaksanaan x-ray digital harus dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan dengan semakan semula bayaran untuk menampung kos tambahan pembelian peralatan X-ray digital dan kos pentadbiran lain.

Beliau berkata kerajaan terdahulu menawarkan konsesi kepada Fomema untuk memantau saringan kesihatan pekerja asing yang datang untuk bekerja di negara ini pada 1997.

Perjanjian konsesi yang ditandatangani antara Kementerian Kesihatan, Fomema dan Unit Perkongsian Umum-Swasta (UKAS) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri ketika itu, telah diperbaharui dan ditandatangani pada Disember 2016, dan diletakkan di bawah Akta Rahsia rasmi (OSA), walaupun dibantah keras oleh MMA.

Perjanjian konsesi melibatkan saringan perubatan oleh penyedia klinik-klinik terpilih, makmal untuk pemeriksaan darah dan air kencing untuk saringan penyakit-penyakit berjangkit dan X-ray dada di kemudahan X-ray yang dilantik oleh Fomema.

Beliau berkata pemilikan Fomema telah beberapa kali bertukar dalam tempoh 21 tahun yang lalu.

“MMA berharap kerajaan hari ini akan menangani isu yang telah lama berlarutan kerana ia komited kepada tadbir urus yang baik, ketelusan dan kebertanggungjawaban,” kata beliau.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2