UMW-Mercy Malaysia laksana klinik bergerak di RH Anthony Bau, Julau



JULAU, 21 Ogos (Bernama) -- UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) dengan kerjasama Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) melaksanakan misi klinik bergerak di Rumah (Rh) Anthony Bau, Nanga Sugai, Rantau Tapang, Mujok, dekat sini bermula 17 hingga 19 Ogos lepas.

Perkhidmatan kesihatan yang melibatkan penempatan masyarakat Iban iaitu Rh Anthony Bau, Rh Mengiring, Rh Gerasi Ak Kapi, Rh Entili, Rh Anthony Gelayan dan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ju itu, adalah antara tiga misi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMW dengan bantuan Mercy Malaysia di Sarawak tahun ini.

Ketua Misi Martin Jandom berkata kawasan penempatan masyarakat Iban itu dipilih  secara keseluruhan ia memiliki populasi 700 penduduk dan terletak jauh di pedalaman sehingga menyukarkan penduduk mendapatkan rawatan kesihatan.

Beliau berkata perkhidmatan kesihatan yang terdekat ialah di Klinik Kesihatan Maong yang terletak kira-kira sejam perjalanan menggunakan perahu panjang, namun waktu perjalanan boleh mengambil masa lebih lama sekiranya keadaan air sungai cetek dan paling utama setiap perjalanan memerlukan kos yang besar.

“Seramai 41 anggota misi menyertai program hari ini, 18 sukarelawan perubatan seperti doktor, doktor gigi serta ahli farmasi, manakala bakinya ialah kakitangan UMW dan juga pengamal media cetak dan elektronik.

“Sepanjang tempoh program hari ini, seramai 85 pesakit dari rumah panjang berdekatan telah mendapatkan rawatan yang disediakan pasukan misi seperti  pemeriksaan tekanan darah, tinggi, berat dan rawatan pergigian,” katanya kepada media yang mengikuti program itu.

Perjalanan ke Rh Anthony Bau memerlukan pasukan misi bergerak dari Sibu ke Pangkalan Entabai di Julau sejauh 120 kilometer menggunakan jalan raya sebelum perahu panjang menjadi pengangkutan utama menyusuri sungai selama kira-kira empat hingga lima jam, bergantung kepada keadaan sungai dan paras air.

Sementara itu, Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UMW Corporation Sdn Bhd Badrul Rahman berkata program CSR UMW bersama Mercy Malaysia ini telah memberi perkhidmatan kesihatan kepada lebih 25,000 penduduk di pedalaman Sarawak dan Sabah sejak 2009.

Beliau berkata program di Rh Anthony Bau yang kurang seminggu sebelum sambutan Hari Kebangsaan 2018 juga adalah antara kaedah untuk lebih mengeratkan lagi hubungan integrasi nasional antara Semenanjung dengan Sarawak.

“Secara peribadi memang saya rasa program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim badan korporat dengan masyarakat,” katanya yang telah mengikuti empat misi perkhidmatan kesihatan di Sarawak dan Sabah.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1