53,156 kes HFMD sehingga 18 Ogos



KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Jumlah kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang dilaporkan tahun ini sehingga 18 Ogos adalah sebanyak 53,156 kes.

Dalam tempoh tersebut, kes kematian akibat HFMD dan jangkitan EV71 adalah dua iaitu satu di Sarawak dan satu di Pulau Pinang, dengan tiada kes terbaru dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata jumlah kes mingguan untuk tempoh 12 Ogos hingga 18 Ogos menunjukkan penurunan sebanyak 1,304 kes (25.4 peratus) berbanding minggu sebelumnya (5 Ogos hingga 11 Ogos) iaitu sebanyak 3,826 kes berbanding 5,130 kes. 

“ Kesemua negeri menunjukkan pengurangan kes kecuali Perak, meningkat sebanyak 92 kes (28 peratus),” katanya.

Justeru, ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti sempena cuti sekolah dan cuti Hari Raya Aidiladha diminta untuk memastikan kebersihan diri dan anggota keluarga khususnya anak-anak kecil dan mengelakkan ke tempat awam yang sesak kecuali perlu.

Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk tidak keluar rumah atau bergaul dengan orang yang sihat sekiranya mempunyai gejala HFMD.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan turut memberi saranan kepada pengusaha indoor playground supaya menyediakan ‘hand sanitiser’ di pintu masuk dan memastikan kanak-kanak menggunakannya sebelum masuk dan keluar dari taman permainan itu.

Beliau berharap dengan langkah-langkah pencegahan yang diambil akan dapat membendung penularan jangkitan HFMD.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2