Rabies: Sarawak catat satu lagi kematian



KUCHING, 22 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 44 tahun dari Jalan Matang  yang  positif  rabies encephalitis atau penyakit anjing gila meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) kira-kira 10 pagi semalam.

Dalam satu kenyataan di sini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata lelaki itu dimasukkan ke HUS pada 16 Ogos lalu selepas mengalami simptom rabies ketika mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pesakit tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Jan lepas.

“Ketika itu pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati dan pesakit tidak mendapatkan sebarang rawatan walaupun telah membawa isterinya ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi,” demikian menurut kenyataan itu.

Menurut KKM, isteri mangsa kini berada dalam keadaan sihat dan telah melengkapkan jadual vaksinasi antirabies sebanyak empat dos.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2