Kes HFMD di Melaka turun 40 kes bagi minggu ke-33



MELAKA, 22 Ogos (Bernama) -- Jumlah kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka mencatatkan penurunan sebanyak 40 kes atau 20.7 peratus kepada 153 bagi minggu ke-33 berakhir 18 Ogos berbanding 193 kes pada minggu sebelumnya. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri Low Chee Leong berkata tiga premis masih lagi ditutup melibatkan sekolah rendah dan prasekolah di daerah Alor Gajah serta sebuah taska di Jasin bagi tempoh itu.

"Pada tahun ini sahaja sehingga 18 Ogos lepas, sebanyak 2,119 kes HFMD direkodkan dan 14 premis telah diarahkan tutup melibatkan taska, tadika, prasekolah dan sekolah. 

"Penutupan premis berkenaan bertujuan memutuskan rantaian penularan jangkitan kepada kanak-kanak lain, selain membolehkan pengusaha premis menjalankan proses basmi kuman alat mainan serta permukaan tercemar seperti lantai dan meja," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. 

Beliau berkata berdasarkan rekod, lebih 90 peratus mangsa adalah kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah.

Sementara itu, Low berkata pelbagai langkah pencegahan dan promosi kesihatan telah dilaksanakan Jabatan Kesihatan negeri bagi menangani situasi semasa  wabak HFMD termasuk mengadakan sesi ‘town hall’  dengan pengusaha dan guru-guru taska, tadika serta prasekolah di seluruh negeri bermula 29 Julai lepas. 

Beliau berkata sesi town hall melibatkan  sesi ceramah, taklimat, demonstrasi dan edaran bahan pendidikan kesihatan bagi memberi penerangan dan meningkatkan kefahaman mengenai HFMD dalam kalangan peserta. 

"Sehingga 18 Ogos lepas, sebanyak 18 pertemuan telah diadakan melibatkan kehadiran 1168 pengusaha dan guru-guru dari taska , tadika dan prasekolah," katanya.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2