KKM: Laporan portal akhbar caj pesakit kanser hospital kerajaan tinggi tak benar

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan bahawa caj ubatan sebanyak RM400 dikenakan terhadap pesakit kanser di hospital kerajaan.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata caj RM400 bukan caj untuk sekotak ubat Tamoxifen atau ubat Letrozole sebagaimana yang disangkakan.

“Sebaliknya, ia adalah caj keseluruhan rawatan mengikut kitaran. Rawatan kepada pesakit tersebut merupakan rawatan berterusan di mana caj yang dikenakan adalah bagi setiap 4 minggu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Caj rawatan itu  berdasarkan Garis Panduan Pengenaan Caj bagi Rawatan Anti-Neoplastik  Berdasarkan bahagian 4, rawatan radioterapi dan Onkologi, Perintah Fi (perubatan) (pindaan) 2017 yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM bertarikh 26 jan 2017.  

Baru-baru ini dua isu telah dibangkitkan oleh The Star Online dan media sosial berkenaan caj rawatan kelas pertama bagi pesakit rujukan swasta bagi setiap kitaran rawatan kanser dan caj rawatan kelas ketiga bagi pesakit luar rujukan kerajaan bagi setiap kitaran anti-neoplastik/kanser.

The Star  sebelum ini melaporkan bahawa pesakit kanser dimaklumkan untuk membayar RM400 untuk ubatan yang boleh dibeli dengan kos yang lebih murah di hospital swasta.

Manakala, pesakit kanser Zieyla Zaleha di laman sosial Facebook beliau berkata bayaran yang telah dikenakan untuk mendapatkan ubat Tamoxifen bagi 6 bulan atau 6 kitaran ialah RM300 di mana RM50 dibayar untuk satu kitaran.

Dr Chen berkata bayaran yang telah dikenakan terhadap Zieyla adalah Rawatan Radioterapi dan Onkologi di dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 iaitu kadar caj pesakit luar (rujukan kerajaan) bagi rawatan radioterapi dan onkologi serta perubatan nuklear di mana ia adalah berdasarkan caj pesakit luar iaitu sebanyak RM50 bagi setiap kali rawatan.

Dr Chen berkata bayaran keseluruhan yang dikenakan (termasuk perudingan, ubat dan kos tidak langsung) yang dikenakan kepada pesakit kanser di semua hospital kerajaan termasuk Institut Kanser Negara (IKN) adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan kos rawatan yang seumpamanya di hospital-hospital swasta.

“Di samping itu, KKM ingin menyatakan bahawa hasil yang dikutip pada tahun 2017 daripada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan adalah sebanyak 2.64 peratus daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan.

Justeru, persepsi sesetengah pihak bahawa hospital kerajaan mengaut keuntungan dari pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan adalah tidak benar dan tidak berasas,” katanya.

KKM menjelas secara terperinci bahawa caj bagi rawatan kanser atau onkologi yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982 telah dikaji semula dan pengemaskinian seperti dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 telah dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan KKM pada bulan Februari 2017.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2