Negeri Sembilan catat 2,383 kes HFMD-Exco

S.Veerapan.

SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan merekodkan 2,383 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dari awal Januari sehingga hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S.Veerapan.

Beliau berkata jumlah kes itu menunjukkan peningkatan sebanyak 278.3 peratus berbanding 630 kes pada tempoh yang sama, tahun lepas.

“Taburan kes HFMD mengikut daerah setakat ini adalah 1,640 kes di daerah Seremban, Port Dickson (197), Jempol (181), Kuala Pilah (121), Rembau (105), Jelebu (79), dan 60 kes di Tampin.

"Pada minggu ke-34 , bilangan kes HFMD dilaporkan di negeri  ini adalah sebanyak 96 kes dan tiada taska, prasekolah dan tadika yang masih ditutup dalam minggu tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, berdasarkan analisa semasa mendapati 75 peratus sehingga 82 peratus kes yang dilaporkan menghidap HFMD di negeri ini terdiri daripada kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun.

Veerapan berkata langkah-langkah pencegahan perlu sentiasa diamalkan oleh orang ramai khususnya pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika dan prasekolah bagi mencegah penularan virus ini.

"Sentiasa memastikan kebersihan premis terutama peralatan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak selain sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk mencuci tangan selepas menguruskan kanak-kanak sebelum mengendali kanak-kanak yang lain," katanya.

Beliau juga menasihati ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD untuk tidak membawa anak ke tempat-tempat awam, sekolah, taska,tadika dan pusat asuhan kerana boleh menyebakan berlaku jangkitan.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018