PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kesihatan hari ini menafikan dakwaan kononnya lima peratus daripada pendapatan bulanan pekerja akan ditolak bagi membiayai Skim Perlindungan Kesihatan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata pada masa ini, skim ini masih dalam peringkat perbincangan bersama Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia untuk menentukan mekanisme dan pakej pembiayaan kesihatan yang terbaik tanpa menjejaskan rakyat atau mana-mana pihak.
"Perkara ini akan dirumuskan dan dimuktamadkan selewat-lewatnya pada penghujung September agar dapat dimasukkan ke dalam pembentangan Bajet 2019," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, Dzulkefly berkata skim itu untuk B40 akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan dan bakal diperluaskan kepada kategori lain termasuk untuk golongan isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).
Dalam pada itu, beliau berkata rakyat yang dikategorikan di bawah B40 akan dibiayai sepenuhnya di dalam skim ini atau diberikan subsidi penuh oleh kerajaan.
Sementara itu, Dzulkefly berkata spekulasi terhadap pemansuhan bayaran RM1 dan RM5 ke atas pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan juga tidak benar berikutan skim insuran kesihatan sosial yang bakal diperkenalkan.
"Perkhidmatan-perkhidmatan kesihatan dan perubatan di semua klinik dan hospital kerajaan adalah dikekalkan dan diteruskan seperti biasa," katanya.
Justeru, bagi mengelakkan kekeliruan serta salah faham, beliau menyeru masyarakat agar tidak mempercayai spekulasi dan fitnah disebarkan oleh pihak-pihak tertentu.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN