Peningkatan mendadak kes HFMD

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Terdapat peningkatan mendadak dengan 55,860 kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dicatatkan di seluruh negara sejak 1 Jan hingga 27 Ogos lepas, berbanding 25,070 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye memberitahu Dewan Negara hari ini, ini termasuk kes yang dilaporkan di Pulau Pinang  sebanyak 3,767 kes, Negeri Sembilan 2,388 kes dan Terengganu 875 kes.

Menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin mengenai jumlah terkini mangsa yang menghidapi penyakit HFMD di seluruh negara, Dr Lee berkata  hampir 89 peratus daripada kes yang dilaporkan membabitkan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun.

Sehingga kini kematian berkaitan HFMD yang dilaporkan kekal dua kes membabitkan kanak-kanak masing-masing di Sarawak dan Pulau Pinang.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2