Separuh rakyat Tunisia gemuk, 30 peratus obes - pegawai kesihatan

TUNIS, 3 Sept (BERNAMA-NNN-TAP) -- Separuh daripada rakyat Tunisia memiliki berat badan berlebihan manakala 30 peratus lagi adalah obes, demikian menurut angka yang dikeluarkan oleh Pengarah Kesihatan Serantau di Bizerte, Jamel Saidani.

Bercakap pada Ahad di luar hari terbuka Gaya Hidup Sihat di Bizerte, kira-kira 70 kilometer di utara dari Tunis, Saidani berkata acara itu bertujuan meningkatkan kesedaran berkaitan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada pelan bagi memerangi penyakit tidak berjangkit, termasuk obesiti, satu gejala kesihatan global, yang turut mempengaruhi Tunisia.

Beliau berkata statistik Bizerte itu yang dikumpul dalam tempoh dua tahun terakhir menunjukkan bahawa dalam kes obesiti, satu pertiga daripadanya membabitkan kanak-kanak. 

Berdasarkan perkembangan ini, beliau berkata adalah penting untuk meningkatkan program kesedaran dan pencegahan dalam kalangan rakyat serta organisasi yang berkenaan.

Pengarah bahagian pencegahan Direktorat Kesihatan Awam Serantau Bizerte, Ibtissam Blanco, pula menggesa agar usaha-usaha digerak bagi meningkatkan tahap kewaspadaan berkaitan obesiti, kesan dan puncanya seperti tabiat merokok, diet tidak sihat, tekanan serta gaya hidup tidak aktif.

Dua bengkel berkaitan Latihan di Luar dan Hidup Tanpa Tembakau telah dianjurkan pada hari terbuka itu. 

Pengunjung telah diberikan perkhidmatan perubatan percuma yang disediakan oleh kakitangan perubatan dan separa perubatan selain diberi taklimat berkaitan cara-cara pengesanan dan pencegahan awal obesiti serta tekanan darah tinggi dan membantu langkah untuk berhenti merokok.

Acara itu diadakan atas inisiatif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dengan kerjasama Institut Nutrisi dan Teknologi Makanan Tunisia (INNTA), Direktorat Penjagaan Kesihatan Asas serta Direktorat Kesihatan Serantau Bizerte. 

-- BERNAMA-NNN-TAP

 

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1