Akta Profesion Kesihatan Bersekutu dilaksana 2019 - Dr Dzulkefly

Dr Dzulkefly Ahmad

BANGI, 4 Sept (Bernama) — Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan bertujuan menguatkuasakan pendaftaran dan mengawal selia amalan profesion kesihatan di negara ini, kata Menteri Kesihatan Dr Dzukefly Ahmad. 

Beliau berkata, Akta 774 yang diluluskan pada 4 Feb 2016, adalah ukuran bagi menjamin kualiti perkhidmatan dalam kalangan pengamal kesihatan dalam menyediakan kualiti penjagaan yang terbaik dan lestari untuk rakyat. 

Katanya, terdapat 23 kategori profesion sains kesihatan bersekutu di bawah Kementerian Kesihatan yang merangkumi tiga teras utama iaitu klinikal, kesihatan dan perkhidmatan makmal umum.

“Sistem Kesihatan di Malaysia semakin penting kerana negara ini mengalami peningkatan beban penyakit berjangkit dan tidak berjangkit serta peningkatan jangkaan rakyat,” katanya. 

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu Kali Ke-12 2018 di sini hari ini. 

Antara 23 senarai profesion dalam kesihatan bersekutu yang terlibat adalah ahli Audiologi, ahli Fisioterapi, ahli Pemakanan, ahli Terapi, Jururadiografi Diagnostik, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pegawai Kesihatan Persekitaran Pegawai Sains Forensik , Pegawai Sosial Perubatan, dan Ahli Terapi Pertuturan Bahasa. 

Menurut Dzulkefly, dengan Akta ini, pengamal kesihatan bersekutu dan aktiviti yang dijalankan akan dikawal selia oleh Majlis Profesion Kesihatan Sekutu Malaysia. 

Dalam pada itu, beliau turut menyeru perkhidmatan profession Sains Kesihatan Bersekutu untuk melakukan transformasi daripada perkhidmatan sokongan klinikal di hospital kepada peringkat primer atau komuniti. 

“Mengambil contoh obesiti, bagi saya, ia boleh ditangani dengan pendidikan kesihatan dan penerangan dalam bentuk mudah menggunakan grafik agar senang difahami. 

“Tumpuan perkhidmatan perlu ke arah promosi dan pencegahan kesihatan dan bukan hanya selepas seseorang menghadapi penyakit,” katanya. 

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2