90 peratus jangkitan HIV/AIDS akibat seks tidak selamat

MELAKA, 4 Sept (Bernama) -- Sebanyak 90 peratus daripada jumlah kes jangkitan HIV/AIDS dalam tempoh 2009 hingga tahun lepas di negara ini adalah akibat kegiatan seks tidak selamat, berbanding 10 peratus akibat suntikan penagihan dadah.

Ketua Sektor HIV/STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Anita Suleiman berkata daripada peratusan jangkitan akibat seks tidak selamat itu pula, kira-kira 50 peratus adalah  daripada golongan homoseksual dan 40 peratus heteroseksual.

Beliau berkata trend berkenaan mengalami perubahan ketara sejak apedemik HIV/AIDS pertama kali dikesan di negara ini pada 1986 yang mana golongan penagih dadah adalah kumpulan paling ramai dikesan dijangkiti penyakit itu.

"Kajian dilakukan ke atas empat kumpulan berisiko tinggi menghidap HIV/AIDS -- iaitu penagih dadah, lelaki mengadakan hubungan seks sejenis, transgendar dan pekerja seks -- mendapati kadar jangkitan melibatkan kumpulan itu meningkat kecuali penagih dadah.

"Penurunan kes jangkitan melibatkan penagih dadah disebabkan beberapa faktor utama khususnya usaha berterusan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan antara Program Pertukaran Jarum dan Alat Suntikan dan Terapi Gantian Metadon bermula 2006," katanya kepada pemberita di Bandar Hilir di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas perasmian Persidangan Kebangsaan 'Cities Getting to Zero HIV 2018'  di sini, disempurnakan Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka Low Chee Leong dan turut dihadiri Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Ghazali Othman.

Anita berkata jangkitan HIV/AIDS sukar dikesan dalam kalangan pengamal seks tidak selamat kerana tiada platform atau kriteria khas yang menunjukkan mereka penghidap penyakit berkenaan pada peringkat awal sehingga mereka jatuh sakit berbanding penagih dadah kerana saringan dilakukan di penjara dan pusat serenti.

Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi perlu mempunyai kesedaran yang tinggi untuk mencegah jangkitan berkenaan melalui saringan serta membuang rasa malu terhadap stigma atau persepsi masyarakat terhadap penghidap HIV/AIDS.

Sementara itu, beliau berkata jumlah kes HIV/AIDS di negara ini menunjukkan pola mendatar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini iaitu purata 3,300 kes setahun dan ini membimbangkan dalam usaha kerajaan mencapai sifar HIV/AIDS menjelang 2030.

Katanya, 70 peratus daripada golongan yang dijangkiti HIV/AIDS adalah mereka yang berusia 29 hingga 39 tahun dan lelaki mendominasi jumlah tertinggi dijangkiti penyakit itu berbanding wanita pada nisbah 8:1.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Low berkata bilangan penghidap penyakit HIV/AIDS di negara ini dianggarkan 73,560 orang dengan kadar jangkitan 10.5 peratus untuk setiap 100,000 penduduk.

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Vivantis Technologies Elevates COVID-19 Testing Capacity In Malaysia

By Nadia Jumri

KUALA LUMPUR (Bernama) – The world has been battling COVID-19 for close to a year now, with more than 200 countries and territories affected by the pandemic.

In Malaysia, the third wave of infections led to total case numbers spiking to over 75,000. Globally, the virus has infected more than 68 million people and caused over 1.5 million fatalities.

Due to the virus’ highly virulent nature, producing COVID-19 test kits has become a top priority for certain biotechnology companies focusing on research and development (R&D) in Malaysia.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1