MELAKA, 5 Sept (Bernama) – Profesion kejururawatan harus menjadikan profesion tersebut sebagaipenyumbang utama dalam disiplin penjagaan kesihatan untuk mencapai tahap profesionalisme profesion itu, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata kejururawatan perlu berani untuk mendapatkan ilmu pengetahuan daripada orang lain terutamanya daripada sektor akademik untuk mencapai tahap profesionalisme mereka.
"Kita dapat lihat kerjasama antara kedua pihak, misalnya pengamal kejururawatan menemui cara amalan baru dan melalui amalan berasaskan bukti yang berkesan tetapi tiada penjelasan secara teori. Jadi, sektor akademik harus jalankan kajian dan sediakan rangka kerja teori tersebut.
"Mereka (para akademik) boleh mencadangkan beberapa amalan kejururawatan manakala jururawat akan melaksanakan (amalan) di samping mengesahkannya. Proses pembelajaran dua hala ini akan membawa kepada proses pembelajaran yang berterusan dan mewujudkan pengetahuan baru dan amalan terbaik yang akan membawa kepada standard profession kejururawatan yang lebih baik di seluruh dunia,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Bersama Kejururawatan Malaysia-Singapura ke-23 di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar. Turut hadir Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Dr Wong Fort Pin dan Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Ghazali Othman.
Kira-kira 500 orang yang berada di dalam profesion kejururawatan dari universiti, kolej dan hospital swasta di Malaysia dan Singapura menyertai Persidangan yang diadakan di Bandar Hilir di sini.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN