100 majikan pekerja asing Pantai Timur hadiri program bersama FOMEMA

KUANTAN, 5 Sept (Bernama) – Sebanyak 100 majikan pekerja asing dari Pantai Timur dikumpulkan dalam Program Bersama Majikan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) yang diadakan bagi meningkatkan kerjasama dalam saringan pemeriksaan perubatan pekerja asing secara lebih komprehensif.

Menurut kenyataan FOMEMA yang dikeluarkan di sini hari ini, pelaksanaan program itu selaras dengan hasrat agensi itu untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pihak berkepentingan.

Ketua Pegawai Eksekutif FOMEMA Sdn. Bhd. Datuk Mohd Hatar Ismail berkata program itu diadakan di enam lokasi di Semenanjung iaitu Selangor, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Pahang bermula Julai lepas dan akan berakhir di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, di Putrajaya pada September ini.

“Objektif program itu bagi memperkasakan hubungan interaksi FOMEMA bersama majikan, mengoptimumkan dan menambah baik proses operasi pemeriksaan perubatan agensi itu.

“Program bersama pelanggan ini membantu untuk memupuk interaksi dua hala di antara sesebuah organisasi dan pihak yang berkepentingan seperti majikan kepada pekerja-pekerja asing,” katanya.

Program selama setengah hari di sini itu merangkumi sesi taklimat secara menyeluruh mengenai garis panduan pemeriksaan perubatan pekerja asing FOMEMA lebih-lebih dengan terlaksananya format baru dan beberapa proses penambahbaikan.

Pada majlis yang sama, majikan turut didedahkan dengan kemudahan pendaftaran pemeriksaan perubatan FOMEMA dalam talian (online) menerusi talian https://portal.fomema.my/  yang telahpun dilancarkan sejak Nov 2016.

-- BERNAMA


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018