850 ujian klinikal onkologi, terapeutik setiap tahun

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Sekitar 850 ujian klinikal onkologi dan terapeutik dijalankan di Malaysia setiap tahun untuk meningkatkan ikhtiar hidup pesakit, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Shahnaz Murad.

Katanya, kajian baharu dan yang sedang dijalankan oleh Penyelidikan Klinikal Malaysia (CRM), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang dimulakan pada 2012 oleh Kementerian Kesihatan, bertujuan membangunkan ubat-ubatan untuk pencegahan, diagnosis dan rawatan penyakit.

"Tujuan CRM adalah untuk membantu usaha Kementerian Kesihatan dalam penyelidikan baharu, seperti penyelidikan yang ditaja oleh industri, untuk persediaan perubatan masa hadapan.

"Ini membolehkan kita merawat dan memberi pilihan rawatan kepada pesakit terutamanya selepas mereka menjalani terapi standard," kata Dr Shahnaz kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penyelidikan Institut Kanser Negara (IKN) kedua dan Hari Ujian Klinikal 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata penyelidikan tersebut merupakan antara usaha baharu kearah masa hadapan yang lebih baik, melalui penawaran rawatan yang cepat dan boleh dipercayai, terutamanya kepada pesakit kanser. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CRM Dr Akhmal Yusof berkata, IKN bersama penyelidik dan ahli onkologi dari Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sedang rancak menjalankan penyelidikan klinikal yang merangkumi 20 hingga 25 kajian mengenai onkologi dan rawatan kanser. 

"Setiap kajian, bergantung kepada kemajuannya, akan mengambil masa antara dua dan lima tahun untuk dilengkapkan.

"Ia kajian-kajian yang bakal membawa banyak manfaat kepada pesakit. Mereka yang bertindak balas dengan baik mungkin akan bebas daripada perkembangan penyakit dan bakal mempunyai kualiti hidup yang lebih baik," kata Dr Akhmal.

Pada majlis yang diadakan di auditorium IKN itu, Dr Shahnaz menyampaikan Anugerah Penyelidikan Kontrak kepada IQVIA Malaysia, Anugerah Perekrut Terbaik kepada Dr Shereen Ch'ng Suyin (Hospital Selayang) dan Dr Wong Yoke Fui (IKN), Anugerah Penyelidik kepada Dr Voon Pei Jye (Hospital Besar Sarawak) dan Anugerah Tapak Percubaan Klinikal Tahun Ini kepada IKN.

Beliau juga melancarkan kempen 'Saya Sedar', sebuah program pendidikan awam mengenai manfaat dan risiko penyertaan dalam ujian klinikal, yang bakal melibatkan aktiviti jerayawara di klinik dan hospital awam di seluruh negara. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.clinicalresearch.my/iamaware/

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2