Dzulkefly Ahmad
PUTRAJAYA, 7 Sept (Bernama) – Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sedang merancang untuk mewujudkan amanah pelaburan hartanah (REIT) bagi mendapatkan dana tambahan untuk Kementerian Kesihatan sehingga RM3 bilion bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Beliau berkata cadangan tersebut dibuat atas kapasiti beliau sebagai menteri di kementerian tersebut dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan jemaah menteri serta dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.
Berucap pada Majlis Penutup Cancer Care Walk 'Sayangi Malaysiaku' di sini hari ini, Dr Dzulkefly berkata cadangan tersebut dibuat sebagai sebagai salah satu kaedah pembiayaan untuk menjana dana kementerian.
"Walaupun kita (jangka) tidak ada penambahan dari peruntukan Bajet 2019, saya komited untuk mendapatkan dana kira-kira RM3 bilion khususnya untuk mendapatkan perolehan mesin-mesin canggih agar dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini," katanya.
Jelasnya walaupun pada ketika ini kerajaan berhadapan dengan kekangan kewangan akibat hutang yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, namun Kementerian Kesihatan tetap komited untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Oleh itu, kementerian akan berusaha untuk memastikan bahawa peruntukan bagi tahun-tahun akan datang akan ditambah bagi digunakan untuk menangani beban penyakit, termasuk mengurangkan kos kewangan, kesakitan, penderitaan dan morbiditi dalam kalangan pesakit," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kajian mendapati lebih separuh atau 58.1 peratus pesakit kanser hanya mendapatkan rawatan di hospital ketika kanser mereka berada pada tahap yang kritikal.
Katanya pengesanan awal kanser dapat meningkatkan keberkesanan rawatan yang diberikan terutamanya bagi mengelak ia merebak ke peringkat yang lebih kritikal.
"Usaha-usaha bagi pengesanan awal termasuklah pendidikan atau pengetahuan mengenai tanda-tanda kanser dan mendapatkan pemeriksaan doktor secepat mungkin dan juga melalui program-program pemeriksaan kesihatan," katanya.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN