Mekanisme kawalan harga ubat diumum bulan hadapan

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

IPOH, 10 Sept (Bernama) -- Mekanisme pengawalan harga ubat dalam pasaran dijangka diumumkan bulan hadapan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu diadakan oleh pihaknya bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bulan lepas dan berharap mekanisme itu akan dapat diumum sebelum pembentangan Bajet 2019.

"Setiap tahun harga ubat naik 10 hingga 20 peratus dan ini biasa. Sebab itu untuk ubat biasa kita cuba gunakan ubat generik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabanga kedua mengenai Farmasi dan Sains Kesihatan di sini, hari ini.

Persidangan selama tiga hari mulai hari ini, yang bertemakan Mengintegrasi Penyelidikan Inovasi, Teknologi, Amalan Ke Arah Kesihatan Mapan, disertai 150 peserta dari dalam dan luar negara.

Selain itu, Dr Lee, yang juga Anggota Parlimen Gopeng, berkata peningkatan harga ubat turut dipengaruhi oleh kaedah yang digunakan untuk membawa ia masuk ke negara ini.

"Kita harap ubat dibawa ke Malaysia dibawa dengan kaedah senang supaya kos untuk mereka dalam farmaseutikal dapat dikurangkan," katanya sambil menambah kebanyakan ubat diimport dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Tambahnya, satu kajian di AS ke atas 13 syarikat farmaseutikal mendapati peningkatan harga ubat disebabkan oleh kos untuk pengiklanan serta pemasaran dan bukannya kerana penyelidikan dan pembangunan (R&D).

"Jadi biasanya bila farmaseutikal katakan harga ubat tinggi sebab R&D fakta itu tidak tepat. Lebih belanja banyak duit untuk iklan dan pemasaran," katanya.

-- BERNAMA

 


 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018