30 persatuan perubatan sokong larangan merokok di tempat makan awam

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Sebanyak 30 persatuan perubatan menyatakan sokongan terhadap hasrat kerajaan untuk mewartakan tempat makan terbuka sebagai kawasan larangan merokok.

Antara persatuan berkenaan adalah Akademi Perubatan Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Yayasan Paru-paru Malaysia, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, Persatuan Jantung Kebangsaan  Malaysia dan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia.

Menerusi satu surat terbuka yang ditandangani oleh 30 persatuan perubatan itu,  mereka menyokong cadangan terbabit dengan tujuan untuk melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok sekunder.

“Asap rokok mengandungi lebih daripada 7,000 bahan kimia, sesetengahnya merupakan bahan karsinogenik atau penyebab kanser.

“Pendedahan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru dan risiko penyakit angin ahmar (stroke) kepada orang yang tidak merokok. Wanita dan kanak-kanak adalah mangsa utama kepada pendedahan asap rokok terutama di tempat awam,” menurut surat terbuka itu.

Di persidangan Dewan Negara baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye telah mengemukakan cadangan untuk mengisytihar semua restoran dan tempat makan terbuka sebagai kawasan larangan merokok bermula Disember ini.

Beliau berkata kementerian berhasrat mewartakan cadangan itu di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2017.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

APA ITU MELODY TPV?


Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2