Terapi senaman semakin diterima di Malaysia - pakar perubatan

Oleh V.Sankara Subramaniam

KUALA LUMPUR, 11 Sept  (Bernama) -- Terapi senaman yang semakin diterima di Malaysia mempunyai potensi untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit tidak berjangkit  (NCD), yang trendnya semakin meningkat, sekiranya ia dilakukan dengan cara yang betul, menurut pakar dalam bidang perubatan.

Sungguhpun kerajaan masih belum menggubal undang-undang bagi senaman sebagai satu bentuk rawatan bagi penyakit kronik, doktor berpendapat memberikan preskripsi senaman yang betul kepada pesakit yang menghidapi NCD peringkat awal boleh menjadi rawatan pertama untuk mencegah empat penyakit NCD utama iaitu hipertensi, diabetes, obesiti dan dislipidemia.

Pakar perubatan berpendapat terapi senaman yang berpotensi menjadi kaedah pemulihan alternatif berbanding ubat tradisional dalam mencegah NCD telah membuktikan banyak perubahan positif berlaku dalam tubuh manusia jika dilakukan dengan cara betul.

Menurut Dr Hashbullah Ismail, pakar pemulihan kardium, latihan senaman kini menjadi asas dalam pelaksanaan pendekatan terapeutik lebih berkesan untuk menambah baik kualiti hidup.

"Semakan sistematik yang melaporkan data daripada 16 negara mendapati lebih dua pertiga daripada negara yang menjalankan kajian itu melaporkan kualiti hidup bertambah baik dalam kalangan  pesakit Kegagalan Jantung Kronik  (CHF) yang bersenam," katanya kepada Bernama dalam wawancara eksklusif di sini, baru-baru ini.

Dr Hashbullah,  yang mengetuai unit senaman psikologi dan pemulihan klinikal Fakulti Sains Sukan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam berkata latihan senaman bagi pesakit yang menghidapi kegagalan jantung kronik amat baik untuk meningkatkan status psikososial mereka berikutan senaman berpotensi menyediakan 'hampir 70 peratus kadar pemulihan bagi komplikasi jantung”.

Sementara itu, pakar urologi Dr Goh Eng Hong berkata senaman dan aktiviti fizikal umumnya dianggap sebagai alat dalam menguruskan penyakit metabolik.

"Turut dibuktikan bahawa senaman juga baik dalam perkembangan penyakit kanser, daripada pencegahan sehingga kepada meredakannya, sama ada dari segi psikologi atau mental,” katanya.

Ketua Jabatan Fisioterapi Lincoln University College di Petaling Jaya, Dr Ravikumar Katta berkata senaman boleh digunakan sebagai  'ubat' dalam menguruskan penyakit  Alzheimer, iaitu senaman berupaya meningkatkan kimia dalam otak yang membantu melindungi sel saraf.

"Amalan berjalan kaki secara tetap dapat meningkatkan kognitif dalam penyakit Alzheimer, manakala latihan fizikal khususnya lebih efektif dalam meningkatkan fungsi postur dan motor, dan mengurangkan risiko mendapat Alzheimer, kerana ia menguatkan jisim otot dan daya kekuatan," katanya.

Ketika diminta mengulas laporan baru-baru ini bahawa Malaysia mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara, Dr Nur Farhana Abdul Hadi, yang juga pakar terapi senaman berkata senaman sebagai kaedah perubatan adalah sebahagian amat penting bagi program menurunkan berat badan dan perlu menjadi rutin tetap dalam gaya hidup khususnya dalam kalangan wanita.

Sementara itu, pakar senaman perubatan, Prof Dr Lee Chee Peng berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah Persidangan Senaman Perubatan Dunia (WCEM) ke-2 di Melaka pada 24-26 Sept.

Lee yang juga naib presiden WCEM berkata kesan jangka panjang bagi penyusuan susu ibu dalam mencegah NCD antara topik utama yang akan dibincangkan pada persidangan itu.

Beliau turut menggesa penubuhan klinik senaman di semua daerah di negara ini untuk menggalakkan perubahan tingkah laku dalam mengurangkan risiko menghidapi NCD.

Klinik itu, katanya perlu menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk membantu orang ramai dalam mencegah penyakit kronik di samping menyediakan kemudahan protokol preskripsi latihan berkomputer untuk rawatan dan mencegah NCD dengan senaman pada kadar yang betul.

Sebelum ini, katanya Kementerian Kesihatan menganggarkan 73 peratus kematian di hospital kerajaan adalah disebabkan NCD.

-- BERNAMA

 






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.


UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 2

In Focus: UMSC Consultant Speaks Erectile Dysfunction Precursor For Heart Disease Part 1