Jangan bergantung kepada 'Dr Google' untuk dapatkan maklumat kesihatan

   PUTRAJAYA, 12 Sept  (Bernama) -- Masyarakat Malaysia diingatkan supaya tidak terlalu bergantung kepada kandungan dalam talian berkaitan kesihatan atau  'Dr Google' bagi penjagaan kesihatan dan pilihan perubatan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Mengakui bahawa trend menggunakan google untuk mendapatkan  maklumat kesihatan agak membimbangkan, Dr Chen berkata enjin pencarian itu boleh mendiagnosis seseorang yang mempunyai simptom minor hinggalah kepada keadaan kesihatan  serius, yang seringkali menimbulkan ketakutan kepada pesakit.

"Media sosial atau google boleh digunakan untuk mendapatkan pengetahuan atau maklumat am.  Ia banyak memberi maklumat tetapi diperbesar-besarkan. Sekarang ini, apabila seseorang itu berasa tidak sihat, mereka  segera google untuk mendapatkan maklumat.

"Apabila anda google untuk mengetahui keadaan kesihatan anda, simptom penyakit akan dipaparkan. Apabila anda baca paparan ini, anda akan beranggapan bahawa ini adalah keadaan kesihatan semasa anda dan terus jadi takut.

“Tanpa pemeriksaan sewajarnya, anda memilih untuk mendapatkan rawatan lain. Ini amat membimbangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2018, anjuran Sin Chew Daily dan Life Magazine, di sini hari ini.

Diadakan pada 22 Mac  2019, program berkenaan memberi ganjaran kepada jenama kesihatan terbaik atas komitmen mereka dalam menyediakan produk penjagaan kesihatan berkualiti tinggi dan selamat, serta perkhidmatan menggunakan penanda aras yang mempunyai kaitan  dengan amalan terbaik global.

Dr Chen turut menasihati masyarakat supaya berjumpa doktor perubatan profesional untuk mendiagnosis keadaan kesihatan mereka kerana maklumat dalam talian bukanlah betul-betul sesuai, "jadi apa yang berkesan kepada seseorang, mungkin tidak berkesan kepada orang lain".

-- BERNAMA






HealthEdge


EXCLUSIVE

Pet Vaccination, Public Awareness And Surveillance Key Towards Rabies-free Southeast Asia - Experts

KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.

read more ››

IN FOCUS

TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN


APA ITU MELODY TPV?

Pandangan rakyat Malaysia tentang peningkatan sasaran pemberian vaksin COVID-19 kepada 70 peratus.

UMSC: Pain Management

In Focus : UMSC Raya Open House 2018