Lee Boon Chye
PUTRAJAYA, 13 Sept (Bernama) -- Dasar bagi pengurusan kes trauma dan rawatan kecemasan dalam masa yang singkat serta efisien sedang dirangka dan dijangka siap penghujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Menurutnya, pada masa ini, tempoh sehingga lapan jam diambil bagi sesebuah hospital merujuk seorang pesakit ke hospital yang mempunyai kemudahan kepakaran yang lebih baik.
"Tempoh yang lama dalam satu-satu kes referral (rujukan ke hospital lain) disebabkan isu birokrasi boleh memudaratkan pesakit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malaysia Trauma Conference yang pertama di sini hari ini.
Lee berkata dasar berkenaan juga mensyaratkan mangsa kemalangan dan kecemasan perlu dibawa ke hospital terdekat tanpa mengira hospital awam mahupun swasta.
Hospital swasta yang menerima pesakit mangsa trauma dan kecemasan perlu memberikan rawatan kecemasan asas seperti menghentikan pendarahan, diberikan drip dan berada dalam keadaan stabil sebelum menghantar pesakit berkenaan ke mana-mana hospital awam, katanya.
Lee dalam ucapan perasmiannya berkata pengurusan rawatan trauma adalah penting kerana kemalangan jalan raya merupakan punca kematian yang keempat selepas sakit jantung, strok dan pneumonia.
Melalui dasar berkenaan, katanya tiga kementerian yang menyediakan rawatan trauma di negara ini iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan melalui Hospital Angkatan Tentera dan Kementerian Pendidikan melalui universiti hospital, serta hospital swasta, mempunyai kerangka kerjasama yang lebih jelas.
-- BERNAMA
KUCHING, Dec 11 (Bernama) -- The goal of making Southeast Asia free from human rabies can be achieved through a total understanding of the disease, how it can be prevented and responsible pet ownership among communities, say experts.
read more ››TAVI KAEDAH BAIK PULIH INJAP JANTUNG TANPA PEMBEDAHAN